WAQAF PILING
MAAHAD TAHFIZ IMAM AS SYAFIE
TUARAN SABAH
Kutipan Semasa |
RM715,225.00 |
Sasaran Kutipan
RM1,100,000.00 |
Rayuan Sumbangan Waqaf
Allah melihat apa usaha kita di dunia untuk bantu agamaNYA. Perbanyakan lah berinfaq
di jalan kebaikan sepanjang hidup semoga menjadi asbab Allah cinta dan limpahkan rezeki kepada kita.
MisI RM 384,750 untuk menyempurnakan kos piling RM 1,100,000.00 untuk kos piling kompleks Maahad Tahfiz Imam As Syafie.
Misi ini susah, kami sudah lancarkan misi ini lebih setahun lebih tapi masih belum tercapai.
Misi ini akan mudah jika:
ADA 1000 0RANG SUMBANG RM 20 = RM 20,000
ADA 10000 ORANG SUMBANG RM 20 = RM 200,000
ADA 15000 ORANG SUMBANG RM 20 = RM 300,000
* TAPAK MAAHAD TAHFIZ IMAM AS SYAFIE TUARAN
* LAKARAN GRAFIK PILING KOMPLEKS MAAHAD IMAM AS SYAFIE
* LAKARAN SEBENAR PILING KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ IMAM AS SYAFIE
LATAR BELAKANG
Maahad Tahfiz Imam As Syafie yang terletak di Kg Bolong Baru Tuaran Sabah kini amat memerlukan bantuan
sumbangan / waqaf tuan puan untuk dana piling yang dianggarkan bernilai RM1.1 Juta. Terletak di sebuah tapak seluas 1.45 ekar
Alangkah mulianya orang orang yang bersama dalam usaha pembinaan ini lebih lebih lagi kita menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Bulan yang diberi kelebihan sedekah yang berlipat ganda. Dengan kehadiran bulan Ramadhan mukmin yang berpuasa berlumba lumba
menambah amalan kebaikan. Tidak hanya itu, umat Islam digalakkan bersedekah lebih banyak pada bulan ini kerana Rasulullah SAW pada hayatnya adalah seorang yang sangat dermawan malah akan melipat gandakan amalan sedekah ketika bulan Ramadhan. Ibnu Abbas ada menceritakan :
"Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan AlQur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)"
Lafaz waqaf
Saya wakafkan harta saya berjumlah (RM…..) atas nama (Ibu/ayah/ diri sendiri/ orang tersayang) kepada Maahad Tahfiz Imam As Syafie Tuaran Sabah untuk tujuan waqaf am dan khusus bagi pembinaan kompleks maahad tahfiz ini kerana Allah Taala.
Sila lafaz niat waqaf ini kemudian teruskan waqaf tuan/puan dibawah
Sekiranya anda ada pertanyaan apa -apa berkenaan Maahad Tahfiz Imam As Syafie boleh menghubungi
Hotline Maahad | Setiausaha AJK Maahad di talian :
016 682 1384
Atau boleh tekan link whatsapp dibawah ini